Asal Usul Instrumen Muzik Sape'
Pengenalan Instrumen Muzik Sape' Masyarakat kayan pada asasnya sangat terkenal dengan Instrumen alat muzik Sape'. Sape' ini diperbuat daripada kayu dan diukir dengan ukiran yang digelar "ikeng". Pemilihan kayu yang digunakan juga amat penting. Diantara faktor yang dititik berat adalah kayu tersebut hendaklah ringan, senang dibentuk dan diukir serta tahan lama. Pada mulanya, instrumen Sape' ini diperbuat dari kayu yang digelar "Kayo' Kita" dan juga "Kayo' Arau". Ini adalah kerana kedua dua kayu ini sangat ringan dan juga senang dibentuk. Pada mulanya, Sape' ini mempunyai dua tali. Tali ini diperbuat daripada urat kayu yang dikenali sebagai "Uhat Iman". Uhat Iman ini adalah sejenis tumbuhan serupa seperti pokok bakau. Dimana pokok ini mempunyai pucuk yang sangat panjang. Pucuk ini akan direndam sehingga menyebabkan pucuk tersebut mereput. Setelah pucuk tersebut mereput, i