Asal Usul Instrumen Muzik Sape'
Pengenalan
Instrumen Muzik Sape' |
Masyarakat kayan pada asasnya sangat terkenal dengan Instrumen alat muzik Sape'. Sape' ini diperbuat daripada kayu dan diukir dengan ukiran yang digelar "ikeng". Pemilihan kayu yang digunakan juga amat penting. Diantara faktor yang dititik berat adalah kayu tersebut hendaklah ringan, senang dibentuk dan diukir serta tahan lama. Pada mulanya, instrumen Sape' ini diperbuat dari kayu yang digelar "Kayo' Kita" dan juga "Kayo' Arau". Ini adalah kerana kedua dua kayu ini sangat ringan dan juga senang dibentuk.
Pada mulanya, Sape' ini mempunyai dua tali. Tali ini diperbuat daripada urat kayu yang dikenali sebagai "Uhat Iman". Uhat Iman ini adalah sejenis tumbuhan serupa seperti pokok bakau. Dimana pokok ini mempunyai pucuk yang sangat panjang. Pucuk ini akan direndam sehingga menyebabkan pucuk tersebut mereput. Setelah pucuk tersebut mereput, ia akan meninggalkan sabut dari pucuk tersebut. Sabut inilah yang digunakan sebagai tali kepada Sape' tersebut. Pada dasarnya Uhat Iman ini tidak boleh digulung untuk menentukan ketegangan tali sape' tersebut. Oleh yang demikian, untuk menegangkan tali sape' ini, dihujung sape' tersebut dibuat seperti alunan ombak bagi membolehkan Uhat Iman tersebut ditegangkan.
Sape' ini juga telah berubah mengikut zaman. Dimana kebijaksanaan dalam Masyarakat Kayan ini telah mengubah tali sape' ini dari Uhat Iman kepada Uhat Talang. Ini adalah kerana Uhat Talang adalah lebih tahan lasak daripada Uhat Iman serta ianya boleh digulung untuk mengetatkan tali tersebut. Setiap tali sape' ini mempunyai ketegangannya yang tersendiri. Ini adalah kerana, setiap tali tersebut menghasilkan bunyi yang berbeza mengikut rentaknya tersendiri. Dengan adanya perubahan ini telah menyebabkan terdapatnya syair atau dipanggil Leken dalam Masyarakat Kayan. Leken tersebut berbunyi seperti berikut :
Nat Nat Nung,
Jat Uhat Pakat Talang Mutung,
Te' Hengem Malem Henung,
Alem Lunang Batang Tukung
Nat nat nung,
Dak Sape' Uhat Talang Mutung,
Tei nah im Ngajan Ngajung,
Alem Lunang Batang Tukung,
Setelah Leken ini disyairkan, penari akan menghentak kakinya dilantai dimana ini adalah menandakan penari tersebut akan memulakan bunga tarianya.
Pada permulaan Tahun 1957, Masyarakat Kayan juga berubah mengikut arus pemodenan semasa. Oleh yang demikian, Sape ini juga telah berubah mengikut arus perubahan. Oleh sebab itu, sape' telah melalui proses perubahan pada siri ketiga dimana tali Sape' ini telah bertukar dari Uhat Talang kepada Lavah Uhat. Lavah Uhat ini adalah tali tangsi yang digunapakai dalam urusan memancing ikan. Pemilihan Lavah Uhat ini dilakukan atas sebab ketahanan tali tersebut serta ianya mudah untuk didapati tanpa melalui proses pembuatan yang rumit. Pada waktu ini juga, kayu yang digunakan untuk membuat sape' juga berubah. Masyarakat Kayan pada masa ini telah menggunakan "Kayo'Bayoh" sebagai kayu asas untuk membuat sape'.
Setelah Lavah Uhat, tali sape' ini telah berubah kepada dawai. Perubahan pada tali dawai ini juga melalui tiga fasa yang berbeza. Dimana, pada permulaan nya, Dawai yang digunapakai sebagai tali sape' adalah dari dawai yang terbiar dan terbuang. Perubahan ini adalah bermula dari Tahun 1965. Fasa seterusnya adalah dimana Masyarakat Kayan telah bertambah maju dan moden maka disetiap pelusuk kampung telah terdapatnya basikal yang digunapakai sebagai pengangkutan harian. Dengan adanya basikal ini, maka fasa kedua perubahan pada tali sape' ini juga telah berubah. Dawai pada break basikal ini telah digunakan sebagai tali kepada sape'. ini adalah perubahan fasa kedua penggunaan dawai sebagai tali kepada sape'. seterusnya, pada zaman moden atau terkini, tali sape' ini telah berubah dan menggunakan dawai khas seperi yang digunakan oleh gitar. Ini adalah perubahan fasa ketiga dalam penggunaan dawai dalam peralatan muzik sape'.
Rentak Irama Sape'
Sebelum rentak irama atau muzik sape' ini dimodenkan. Terdapat enam (6) asas utama muzik sape' yang asal. ia adalah terdiri daripada :
i. Dak Tun Patei
ii. Dak Dayung
iii. Dak Kadak
iv. Dak Lekjun
v. Dak U'ek Pakok
vi. Dak Liveng
i. Dak Tun Patei
Dak Tun Patei ini adalah satu rentak muzik yang melambangkan kuasa pada sape' tersebut. "Patei" ini adalah bermaksud Mati. Sape' Dak Tun Patei Ini dimainkan dalam tempoh yang sangat panjang dari kebiasaan muzik sape' yang lain. Dak Tun Patei ini boleh mencecah sehingga 30 minit.
Penari akan menari diiringi oleh Muzik sape' Dak Tun Patei dimana penari akan menari seperti biasa sehingga penari tersebut lemah dan terduduk. Setelah terduduk, penari tersebut akan diserang penyakit sehingga beliau baring dan meninggal atau mati. Setelah penari tersebut mati maka penari tersebut akan ditutup menggunakan kain. Penari ini biasanya dikalangan pihak lelaki. Maka, setelah lelaki tersebut meninggal, Balu kepada lelaki tersebut akan "Nirau" atau menanggis sambil meluahkan rasa yang terbuku dihati terhadap si mati tersebut. Biasanya dalam "Nirau" tersebut balu akan memanggil agar lelaki tersebut hidup kembali, dimana dengan ketiadaan beliau, balu tersebut tidak boleh berhuma lagi serta tidak mempunyai apa-apa untuk meneruskan hidup.
Atas dasar kasihan, maka orang ramai akan memanggil pemain sape' untuk mendendangkan sape Dak Tun Patei ini agar memohon kembali lelaki tersebut untuk kembali bernyawa. Setelah pemain sape' ini mendendangkan Sape Dak Tun Patei, lelaki tersebut tadi akan dengan perlahan bergerak serta bernyawa kembali. Pada permulaan nyawa tersebut, lelaki ini akan disoalkan bagi memastikan beliau betul-bertul sedar dan ingatannya kembali. Diantara soalan lazim yang ditanya adalah nama beliau serta siapa wanita disampingnya ketika itu. Setelah betul-betul sedar, penari lelaki ini menanggis akan terus melompat dan menari kembali menandakan beliau telah meraih kemenangan.
Mengikut mitos zaman dahulu, Sape' Dak Tun Patei ini tidak boleh dimainkan sesuka hati. Terdapat banyak pantang larang dalam mendendangkan Sape' Dak Tun Patei ini. Mengikut mitos ini, terdapat seorang lelaki bernama Akem Anyie Emang yang sangat minat dalam menari Dak Tun Patei ini. Atas sebab minat tersebut, kesemua anak kepada Akem Anyie Emang ini tak menjadi dimana kebanyakkan anak beliau akan meninggal dunia. Itulah yang menyebabkan kebanyakkan oran tua tidak akan menggalakkan anak atau keluarga mereka dalam menari Tun Patei ini. Ini adalah bagi menggelakkan dari terkena sumpahan atau "Tulah".
ii. Dak Dayung
Dak Dayung adalah rentak muzik sape' yang dikhaskan kepada wanita yang digelar "Dayung". Dayung adalah wanita yang sangat berkuasa dikalangan masyarakat Kayan ketika itu. Para Dayung ini boleh menyembuhkan penyakit serta memanggil hantu untuk merasuk dirinya.
Waktu upacara Dayung, Para wanita tersebut akan menari mengikut rentak sape' dengan menghentak kaki dimana kaki akan dikangkang sambil mulut akan berbunyi atau dalam Bahaya Kayan menggelar "Nyeletek". Ini adalah bertujuan untuk pemujaan agar mereka akan dirasuk. Ketika dirasuk atau juga dikenali sebagai "Dayung Nesun". Disitulah bermulanya tarian ini dilakukan dimana mereka menari diluar dari kesedaran mereka.
iii. Dak Kadak
Dak Kadak adalah dendangan sape' yang dikhaskan untuk lelaki. Dak Kadak ini dimainkan dimana muziknya seolah olah berhenti seketika tetapi masih juga diteruskan. Itulah yang disebabkan muzik sape' ini digelar sebagai Dak Kadak dalam Bahasa Kayan.
iv. Dak Lekjun
Dak Lekjun adalah muzik sape’ yang dimainkan menggunakan sape’ yang
mengandungi 2 tali sahaja ataupun dikenali sebagai Sape’ dua’ ting. Dak Lekjun ini
adalah digunakan untuk mengiringi penari-penari asal Kayan mempersembahkan
kelembutan bunga tarian nya.
v. Dak U’ek Pako’
Dak U’ek Pako’ atau juga dikenali sebagai muzik sape
pucuk paku. Sape’ yang dimainkan untuk muzik sape’ Dak’ U’ek Pako’ ini adalah terdiri daripada sape’ yang mengandungi
3 hingga 4 tali. Dak U’ek Pako’
dimainkan bagi program tarian atau dikenali sebagai Nyivan Sin Lake’. Hanya penari lelaki sahaja yang menari
menggunakan irama muzik sape’ ini.
vi. Dak Liveng
Dak Sape’ Liveng dimainkan bagi mengimpresikan
perasaan rindu pemain sape’ dengan kekasih hatinya atau seisi rumah beliau. Dak Sape’ Liveng ini tidak digunakan
untuk tujuan menari.
Mengikut mitos
masyarakat Kayan zaman dahulu. Sekiranya pemain sape ini mendendangkan muzik Dak Sape’ Liveng ini, maka, perasaan
rindu pemain sape’ ini akan sampai kepada individu yang dirindui tersebut.
Dalam Bahasa Kayan, Liveng adalah
bermaksud rindu.
Sape’ Dak Liveng ini biasanya menggunakan 3
sehingga 4 tali sape’. Setiap irama sape’ yang didendangkan mempunyai maksud
yang tersendiri. Maka, Masyarakat Kayan dan Sape’ memang tidak dapat
dipisahkan. Ini adalah kerana sape’ adalah instrument muzik asli milik
Masyarakat kayan Orang Ulu khasnya Adalah Kayan dan Kenyah.
** Sumber Diilhamkan oleh : Amei Temenggung Pahang Deng
** Muzik Sape : Dimainkan Oleh Amei Ukong Mering (Dak Sape' Doh Liveng)
Sayu kenep arin / amei. Deng kui kahi kebenaran men ika ja akui basak nekulah alem vlog ka ni en tei alem youtube kui ? Sayu kenep men Marudi.
ReplyDelete