Asal Usul Kaum Kayan

BIODATA PENULIS

             Penulis adalah seorang anak jati Sarawak yang berasal dari Kampung Long Bemang, Apoh. Beliau dilahirkan pada 17 Oktober di Klinik Kesihatan Long Bemang dan berketurunan Kayan. Ketika di alam Universiti, Beliau berkelulusan luar dari bidang penulisan. Beliau berkelululusan dalam Bidang Perakaunan.
            Kini beliau telah bertugas sebagai seorang Akauntan dalam sektor awam dan juga salah seorang Penyampai radio sambilan bagi siaran Radio Kayan. Minat beliau yang mendalam dalam bidang seni dan adat resam serta cintakan Bahasa Ibunda telah mendorong beliau untuk menerbitkan sebuah artikel yang sulung ini demi menjaga dan memulihara seni dan adat resam kaum Kayan yang kian hari kian pupus dan dilupai khususnya bagi golongan remaja kaum Kayan. Selain itu, Beliau juga telah mengasas sebuah persatuan iaitu Persatuan Penggiat Seni Kayan Sarawak. Beliau kini memangku jawatan sebagai Pengerusi Persatuan. Ini adalah kerana minat beliau yang amat mendalam dalam mempertahan dan memperkenalkan seni dan budaya Masyarakat Kayan Khususnya di Sarawak. Masih terlalu banyak Kesenian dan Kebudayaan Kayan yang perlu dirungkai dan diterokai kerana Kayan adalah kaya dengan budaya, kesenian dan adat. Semoga dengan adanya penulisan ini mampu mengingati dan menjadi sumber rujukan bagi Golongan remaja Kayan tentang mempelajari kesenian, adat dan budaya masyarakat Kayan agar ianya tidak hilang ditelan zaman.

Sayu Peji Kenep, Pegem Usu.



ASAL USUL KAUM KAYAN


Pengenalan

Kaum Kayan kebanyakkan nya mendiami kawasan hulu Sungai di Sarawak. Secara asasnya Kaum Kayan ini boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan yang utama, iaitu Kayan Baram yang mendiami kawasan pedalaman di bahagian Miri di daerah Baram, Kayan Belaga yang mendiami kawasan pedalaman bahagian Kapit dan Kayan Tubau yang menetap di bahagian Bintulu iaitu di daerah Belaga.  Kaum Kayan ini dipercayai telah berhijrah dan menetap di Sarawak lebih daripada 300 tahun yang lalu.

            Selain itu, terdapat sejumlah besar juga kaum Kayan yang menetap di Negara jiran iaitu Negara Indonesia terutamanya di bahagian Kalimantan Barat dan Kalimantan Timur atau secara amnya di kepulauan Borneo.  Golongan Kayan di Indonesia juga mempunyai hubung kait dengan komuniti Kayan di Sarawak berdasarkan penghijrahan yang dilakukan oleh Kaum Kayan di ketiga-tiga daerah ini sejak dahulu lagi.  Komuniti Kayan di Indonesia lebih dikenali sebagai Kayan Mekam, Kayan Uma Laran, Kayan Ja’e dan Kayan Uma Leken.

Penghijrahan komuniti ini ke bahagian pedalaman Negeri Sarawak mengambil masa yang lama dan dilakukan secara berperingkat-peringkat.  Pada masa dahulu, komuniti ini berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain atas dasar keselamatan. Ini adalah kerana kerana Komuniti Kayan pada masa itu masih lagi mengamalkan amalan ngayau atau lebih dikenali sebagai amalan memotong kepala musuh yang terdiri daripada komuniti lain seperti Iban dan sebagainya.  Di samping itu, komuniti ini juga sering berhijrah dengan tujuan mencari penempatan baru yang sesuai dengan aktiviti pertanian sara diri.


           
Asal-usul Kaum Kayan

Penempatan awal Kaum Kayan di Sarawak dipercayai di Hungei Kayan. Penghijrahan secara beransur-ansur ini telah menyebabkan komuniti Kayan telah berpecah-belah dan menduduki beberapa kawasan pedalaman di Sarawak.  Pada peringkat awalnya, komuniti Kayan dipercayai menetap di Apau Kayan.  Kemudian mereka telah berpindah ke Halem Kayan. Sehingga kini, masih terdapat lagi peninggalan komuniti ini di Halem Kayan, Mahakam seperti serpihan-serpihan tajau/(pasu besar), periuk besi, pinggan mangkuk dan peralatan-peralatan yang lain.

            Semasa di Halem Kayan, penduduk Kayan dipercayai telah berpecah kepada beberapa kumpulan.  Kejadian ini berlaku pada waktu subuh setelah mereka mendengar bunyi teriakan payau... payau... (bermaksud rusa) namum kebanyakan mereka tersalah dengar dan mengingatkan ia adalah amaran ayau... ayau... yang bermaksud musuh.  Kemudian, mereka telah melarikan diri bersama-sama keluarga masing-masing untuk menyelamatkan diri sehinggalah berlakunya penghijrahan dalam kalangan komuniti ini secara tanpa sengaja. Dalam masa yang sama juga masih terdapat beberapa kumpulan Kayan yang dipercayai masih tinggal di kawasan tersebut dan tidak dapat berhijrah atas sebab jambatan yang merentangi Sungai Halem Kayan telah dirobohkan oleh golongan yang melarikan diri awal semasa insiden itu berlaku.  Oleh sebab itu, sehingga kini masih terdapat komuniti Kayan yang masih tinggal di tempat asal komuniti Kayan di Kalimantan.

            Kebanyakan mereka yang telah melarikan diri dipercayai telah membuka penempatan baharu di Long Tavang, Long Boh, Long Medalam, dan Long Mekam. Selain itu, terdapat juga segelintir daripada komuniti Kayan ini telah berhijrah lagi ke kawasan hilir Sungai Balui dan membuka penempatan baharu iaitu di Udu Belavan, Lusong Laku, Long Benalui, dan Long Taman.  Dipercayai, peperangan telah berlaku di Lusong Laku menyebabkan segelintir lagi komuniti Kayan berhijrah ke Telang Usan atau di bahagian Baram, Miri untuk menyelamatkan diri. Dengan peghijrahan inilah yang menyebabkan terdapatnya komuniti Kayan di Miri.  Sebelum itu, Long Benalui merupakan kawasan penempatan yang terbesar bagi komuniti Kayan sebelum mereka meneruskan penghijrahan.  Selepas beberapa lama, mereka dipercayai berhijrah lagi ke Juman Baho dan terus berhijrah lagi sehingga ke Long Jawe. Di sini mereka membuka perkampungan baharu dan diberi nama Long LevuweLong Minor, dan Long Luwe. Seterusnya komuniti dipercayai terus berhijrah lagi ke kawasan hilir dan membuka penempatan yang baru yang kekal sehingga kini. 

Penyebaran Bahasa Kayan

            Dari segi penyebaran bahasa Kayan, ianya ditutur di beberapa kawasan di Pulau Borneo.  Misalnya di Sarawak, bahasa Kayan dituturkan di Miri, Bintulu, dan Belaga. Manakala di Kalimantan, bahasa Kayan turut dituturkan di kawasan Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah.  Bahasa Kayan mempunyai pelbagai dialek yang tersendiri.  Di Sarawak, terdapat tiga dialek Kayan yang berbeza iaitu, dialek Kayan Belaga, dialek Kayan Tubau dan Kayan Baram.  Dialek Kayan Tubau lebih banyak persamaan dengan dialek Kayan Belaga, memandangkan Kayan Tubau merupakan sebahagian komuniti Kayan Belaga yang baru berpindah dari Daerah Belaga. Namun, masih terdapat kesalingfahaman yang tinggi antara penutur di  ketiga-tiga dialek ini.

            Di Kalimantan pula, terdapat banyak lagi dialek yang dituturkan oleh komuniti Kayan di sana.  Misalnya Kayan Ja’eKayan Mekam , Kayan Uma LekenKayan TemeruKayan Lirong Amo, Kayan Belugu dan lain-lain.  Namun masih terdapat kesalingfahaman antara penutur-penutur dialek Kayan di Sarawak dengan Kayan di Kalimantan.   Pada asalnya bahasa Kayan dipercayai sama.  Pepecahan yang berlaku antara komuniti ini menyebabkan bahasa Kayan masing-masing berkembang dengan sendiri.  Tambahan pula, komuniti ini telah berhijrah jauh antara satu dengan lain menyebabkan mereka tidak lagi berhubung dan faktor inilah menggalakkan perbezaan bahasa dalam kalangan komuniti ini.

Kelas Dan Sosial komuniti Kayan

Apa yang unik tentang komuniti ini ialah mereka masih mengamalkan kelas-kelas sosial sehingga ke hari ini.  Terdapat empat tingkat sosial yang utama di dalam komuniti ini. Misalnya golongan atasan dipanggil Maren. Golongan ini adalah merupakan golongan kelas tertinggi dalam Komuniti Kayan. Golongan kelas kedua digelar Hipui  atau juga dikenali sebagai kolongan berkelas sederhana, golongan kelas ketiga adalah dipanggil Panyin atau kelas bawahan yang menjadi rakyat biasa, golongan kelas keempat pula adalah digelar Dipen ataupun Hamba. Namun kini, hanya golongan kelas keempat, iaitu golongan hamba sahaja yang sudah dihapuskan dan tidak diamalkan lagi oleh Komuniti ini.

Golongan maren misalnya terdiri daripada golongan diraja dalam komuniti Kayan. Golongan ini terdiri daripada keluarga Temenggong, Penghulu, Pemanca dan Ketua Kampung sahaja.  Untuk mengekalkan keturunan ini, golongan ini hendaklah berkahwin dengan golongan yang setaraf dengan mereka.  Jika seseorang yang Maren berkahwin dengan kelas sosial yang rendah, maka anak kepada pasangan tersebut bukan lagi dari golongan Maren.

            Biasanya, golongan ini merupakan golongan yang ateng urip atau orang yang lebih berkemampuan dan mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam kalangan rakyatnya.  Mereka akan sentiasa dihormati dan disanjungi oleh kelas sosial yang lain yang lebih rendah.  Selain itu, golongan Maren ini juga akan membela dan menjaga kebajikan rakyatnya, di samping menjadi tempat mengadu sekiranya rakyat berada dalam kesusahan.

Golongan Hipui pula dianggap sebagai golongan kelas kedua dalam komuniti Kayan.  Golongan ini wujud akibat daripada perkahwinan golongan Maren dengan golongan kelas bawah.  Anak pasangan Maren dengan golongan bawahan itulah yang akan menduduki kelas sosial hipui.  Golongan ini masih juga menduduki kelas sosial yang agak tinggi berbanding dengan golongan Panyin dan Dipen.

Golongan Panyin merupakan golongan kelas sosial yang ketiga.  Golongan Panyin  ini juga boleh dibahagikan kepada dua kelas lagi, iaitu Panyin Aya’ dan Panyin UnyenPanyin Aya’  merupakan suatu kelompok yang sememangnya berasal dan menduduki sesuatu tempat itu dalam jangka masa yang panjang bersama golongan MarenGolongan ini biasanya berkelakuan baik dan jam adet atau tinggi dengan budi bahasa.  Manakala,  Panyin Unyen pula lebih rendah tarafnya daripada Panyin Ayak. Golongan ini merupakan golongan yang usik ateng urip atau golongan yang kurang berkemampuan dan usik lalek sayu atau berkelakuan kurang baik.

Dipen bermaksud hamba dan golongan ini biasanya menjadi hamba kepada golongan Maren. Terdapat dua tahap dalam Dipen, iaitu Dipen Tua dan Dipen Nengan. Dipen Tua merupakan golongan yang menjadi hamba kepada golongan Maren sepenuh masa.  Golongan inilah yang akan melakukan semua kerja untuk golongan Maren. Selain itu, golongan ini akan tinggal bersama golongan Maren dan menuruti apa sahaja arahan daripada golongan MarenDengan kata lain, golongan ini lebih rapat dengan golongan Maren.
            Berbeza pula dengan Dipen Nengan. Dipen Nengan  biasanya golongan yang membuat kerja mereka sendiri.  Mereka tinggal  di rumah mereka sendiri dan tidak ada kena mengena dengan golongan MarenBiasanya golongan inilah merupakan golongan yang paling rendah dalam kelas sosial komuniti Kayan.  Walau bagaimanapun, golongan kelas sosial  Dipen ini secara beransur-ansur telah dihapuskan dan tidak lagi diamalkan pada masa sekarang.

            Terdapat banyak perbezaan yang ketara antara golongan Maren dengan golongan kelas sosial yang lain seperti Hipui, Panyin dan Dipen. Perbezaan-perbezaan ini turut merangkumi cara hidup, cara percakapan, bahasa, kebudayaan dan tahap sosioekonomi mereka.  Golongan Maren dianggap golongan yang agak sempurna sebab itulah golongan ini digelar golongan raja.  Perkahwinan antara golongan Maren dengan golongan bawahan tidak digalakkan kerana ini dianggap sebagai sesuatu yang memalukan memandangkan terdapatnya perbezaan taraf.  Malah, golongan Maren sanggup membenarkan anak mereka berkahwin bangsa lain yang tidak menekankan status sosial dalam komuniti mereka.
            Selain itu, tahap hukuman dan hantaran perkahwinan antara keempat-empat golongan ini juga berbeza-beza.  Golongan Maren akan dikenakan hukuman yang lebih tinggi berbanding dengan golongan bawahan.  Misalnya, seorang wanita yang terdiri daripada golongan Maren akan menerima hantaran yang lebih tinggi dan mahal berbanding dengan golongan yang lain.

            Terdapat juga perbezaan penggunaan bahasa di antara kelas-kelas sosial ini terutamanya dari segi perlakuan berbahasa. Kelas sosial Maren didapati menggunakan bahasa yang lebih sopan berbanding dengan kelas-kelas sosial yang lain.  Golongan ini juga bijak menggunakan eufemisme bagi menggantikan sesuatu perkataan yang tabu sifatnya.  Secara keseluruhan, bentuk-bentuk bahasa golongan Maren lebih mantap dan sangat mementingkan aspek kesopanan bahasa berbanding dengan golongan kelas bawah.

            Dalam komuniti Kayan, Ketua Kampung adalah ketua sesebuah rumah panjang. Beliau berperanan sebagai penyimpan dan pemelihara adat.  Beliau juga bertanggungjawab memelihara keamanan di sesebuah rumah panjang dan akan menyelesaikan sesuatu masalah di antara anak buahnya.  Sekiranya terdapat kes yang tidak dapat diselesaikan oleh Ketua Kampung, kes tersebut akan dirujuk kepada Penghulu, Pemanca dan seterusnya Temenggung.

            Seorang Penghulu pula bertanggungjawab mengawasi ketua-ketua kampung di satu-satu kawasan yang mengandungi beberapa buah rumah panjang.  Manakala,Pemanca pula juga berperanan mengawasi dan menjaga kawasan yang ditadbir oleh Penghulu.  Temenggung pula berperanan mengawasi kesemua jawatan tersebut. Biasanya, ketua-ketua masyarakat inilah yang akan dijemput ke mesyuarat rasmi.


Aktiviti Utama

          Budaya asas bagi Masyarakat Kayan adalah hampir sama dan mirip dengan Masyarakat Dayak yang lain seperti Iban dan Kenyah yang hidup di Kepulauan Borneo. Masyarakat Kayan mengamalkan aktiviti harian sebagai petani dimana mereka kebanyakkan nya akan menanam padi bagi tujuan sara diri. Penanaman padi yang sering mereka lakukan adalah berdasarkan teknik penanaman padi secara berpindah. Ini adalah dimana setiap musim penanaman padi, mereka akan melakukan kerja-kerja penerokaan hutan yang lain bagi tujuan penanaman padi yang baru setiap musim. Penerokaan hutan yang baru ini adalah bagi tujuan menjamin kualiti dan kesuburan tanah untuk tujuan penanaman padi ini. Masyarakat Kayan mengamalkan cara penanaman padi yang organik dimana mereka tidak menggunakan racun dan baja pada masa dahulu untuk memastikan penanaman padi mereka subur. Penerokaan hutan ini kebiasaan nya adalah hutan yang berbukit kerana kebanyakkan Masyarakat Kayan memilih untuk menanam padi huma atau lebih dikenali sebagai Padi bukit. Selain penanaman padi, Masyarakat ini akan menyelit pelbagai jenis tanaman lain sementara menanti musim menuai padi. sebagai contohnya adalah penanaman sawi, jagung, ubi, labu dan tembakau. 
          
          Selain penanaman padi sebagai penanaman utama Masyarakat Kayan, Penanaman Sagu juga tidak ketinggalan dalam masyarakat ini. Pada zaman sebelum kemerdekaan, Masyarakat Kayan khususnya Borneo mengamalkan aktiviti "ngayau" atau pemotongan kepala. Maka, akan terdapatnya tahun dimana kebuluran atau kekurangan makanan berlaku. ini adalah disebabkan mereka tidak dapat untuk menanam padi huma seperti biasa. Oleh itu, pokok sagu ini amat berguna sebagai pengganti beras. Masyarakat Kayan akan bergotong royong untuk mendapatkan kanji dari pokok sagu ini. Proses mendapatkan kanji sagu ini dikenali sebagai "malok balau".

           Masyarakat Kayan juga terkenal dengan kebijaksanaan mereka dalam memburu di hutan. Pada zaman dahulu, masyarakat ini hanya menggunakan lembing yang dikenali sebagai "Bakin" dan juga sumpit atau "Heput" untuk memburu di hutan. Kehebatan ini terbukti dengan terdapatnya pelbagai jenis hidupan liar di hutan yang berjaya ditewaskan dan di panggang yang dikenali sebagai "Sihei" dalam Masyarakat Kayan. Proses panggang ini dilakukan di dapur kayu ( Uma Avo") dimana pada zaman dahulu hanya dapur kayu digunakan dalam proses masakan harian. Pada zaman dahulu, cara masyarakat kayan untuk memsatikan makan tersebut tahan lama ialah dengan cara "Nyihei" iaitu dengan cara mengeringkan daging hasil buruan di atas bara api. Selain itu, mereka juga akan mengawet makanan ini atau lebih dikenali sebagai "Lisem" dalam masyarakat Kayan. Proses mengawet ini memerlukan kemahiran yang tinggi bagi memastikan "Lisem" tersebut sedap dimakan dan ianya tidak mudah buruk. Lisem ini biasanya dibuat dari Daging buruan yang digaul dengan garam kasar, daun ubi dan kepalan nasi yang telah sejuk. Selain memburu di hutan, Masyarakat Kayan terkenal juga dengan kehandalan mereka dalam menangkap ikan di sungai. terdapat pelbagai peralatan digunakan oleh masyarakat ini dalam kerja-kerja menangkap ikan seperti jala', buvo', adang, selabau dan sebagainya.           
           


Adat Istiadat Perkahwinan

Pada masa dahulu, sebuah perkahwinan akan ditentukan oleh ibu bapa masing-masing.  Walau bagaimanapun, amalan ini semakin hilang kerana generasi muda kini lebih suka menentukan jodoh mereka sendiri dan bukannya ditentukan oleh keluarga masing-masing.

            Sebelum berlangsungnya perkahwinan, satu rombongan akan dihantar untuk merisik pihak perempuan.  Sekiranya pihak perempuan bersetuju, maka mereka akan membincangkan hari pertunangan dan seterusnya tarikh perkahwinan akan ditetapkan. Kedua-dua belah pihak juga akan membincangkan jumlah hantaran dan jumlah perbelanjaan yang akan diperuntukkan.  Persetujuan yang telah diperolehi hasil daripada perbincangan itu hendaklah dimaklumkan dengan segera kepada Maren Uma atau dikenali sebagai Ketua Kampung.

            Perkahwinan komuniti ini berbeza daripada perkahwinan komuniti lain kerana hantaran daripada pihak lelaki berbeza berdasarkan sistem kelas sosial pihak perempuan. Sekiranya pihak pengantin perempuan merupakan golongan Maren, semakin tinggilah hantaran dan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh pihak lelaki, begitu juga sebaliknya.

            Diantara hantaran yang wajib daripada pihak lelaki adalah seperti Malat Buk, Kelebit, Hamak melo’, Lavung dan Sunung  

            Selepas upacara perkahwinan, terdapat lagi dua upacara yang penting yang perlu diikuti, iaitu upacara Ngaja/Nejuk Amin  dimana upacara ini adalah upacara bertandang ke rumah pengantin lelaki. Setelah memiliki anak, satu upacara juga akan dilakukan dan upacara ini dikenali sebagai Inu Lok.  


 Adat istiadat Kematian

Apabila berlaku sesuatu kematian, seluruh penduduk kampung berkenaan tidak dibenarkan untuk ke kebun atau keluar daripada kawasan kampung sebagai tanda hormat kepada keluarga si mati.  Pada masa ini, kaum lelaki di rumah panjang tersebut akan bergotong-royong menyiapkan bila atau dikenali sebagai kubur/liang lahat dan juga lungun iaitu keranda yang diperbuat daripada batang kayu. Manakala pihak perempuan pula bergotong-royong menyediakan makanan dan minuman kepada tetamu.  Setiap rumah panjang yang berdekatan akan menghantar  wakil untuk menziarahi keluarga si mati dan amalan ziarah-menziarahi ini masih kukuh sehingga kini.

            Tempat mayat berada di rumah bergantung kepada taraf sosial si mati.  Sekiranya si mati terdiri daripada golongan Maren mayat tersebut akan berada di rumah selama lebih daripada tujuh hari.  Manakala, bagi golongan biasa, mayat hanya dibenarkan berada tidak lebih daripada tiga hari.  Upacara pengkebumian dan upacara berkabung juga turut berbeza mengikut taraf sosial si mati.

            Mayat yang dihantar ke kawasan perkuburan akan diletak di dalam Salong.  Salong tersebut biasanya diukir dengan ukiran ikeng kawit iaitu satu ukiran tradisional bagi Kaum Kayan dimana komuniti ini kaya dengan nilai-nilai kesenian ukiran.  Ukiran ikeng ini terdiri daripada pelbagai jenis bentuk dan bunga.  Untuk membuat Salongkomuniti ini akan menggunakan kayu belian.  Kayu belian yang telah diukir akan dicat berwarna-warni.  Biasanya Salong golongan Maren lebih cantik dan besar berbanding dengan golongan biasa kerana Salong juga boleh melambangkan status sosial si mati.


Kepercayaan

Sebelum kedatangan agama Kristian dalam Komuniti Kayan, kaum Kayan dipercayai mengamalkan kepercayaan Apo Kayan.  Kepercayaan ini diamalkan sejak mereka menetap di MahakamKalimantan kira-kira tiga ratus tahun yang lalu.  Semasa menganut kepercayaan ini, mereka percaya kepada burung helang, Pakei Lalidan juga Pakei Isit Ta’o.  Kepercayan ini mereka tidak dibenarkan mereka untuk memakan ikan Dungan, kijang, pelanduk dan sebagainya.  Mengikut kepercayaan ini juga, mereka percaya bahawa sekiranya seseorang itu dalam perjalanan untuk ke kebun atau memburu didalam hutan dan mendengar bunyi Manuk Isit melimpas, maka mereka hendaklah pulang ke rumah dengan kadar yang segera. Ini adalah kerana, mereka percaya bahawa burung Isit tersebut memberi amaran bahawa akan terjadi malapetaka kepada mereka sekiranya sesuatu kerja tersebut diteruskan. Namun kepercayaan lama ini telah ditinggalkan selepas munculnya sistem kepercayaan Bungan.

            Kepercayaan Bungan merupakan satu upacara penyembahan berhala yang disambut pada setiap tahun antara bulan Mac hingga Jun.  Semasa menyambut perayaan ini, mereka akan mengorban seekor khinzir sebagai tanda ucapan terima kasih mereka kepada Tenangan.  Sebelum menyembelih khinzir tersebut, mereka akan melakukan upacara pemujaan dengan memohon daripada Tenangan agar setiap kerja mereka diberkati dan supaya mereka dapat hidup dalam kesejahteraan.  Semasa upacara Bungan, penganut kepercayaan ini akan mendirikan jok di ruai rumah panjang.  Kemudian mereka akan meju teloh iaitu mengangkat telur seperti memohon sesuatu dan mara atau sumpah seranah khinzir, iaitu dengan memohon supaya ditunaikan hajat mereka.

            Walau bagaimanapun, kepercayaan Apau Kayan dan Bungan ditinggalkan secara beransur-ansur sejak kedatangan agama Kristian dalam komuniti Kayan. Penulis juga mendapati bahawa kedatangan agama Kristian ini juga banyak mempengaruhi kehidupan sosial komuniti Kayan.  Kepercayaan karut seperti percaya kepada burung helang, percaya kepada matahari dan sebagainya telah ditinggalkan secara beransur-ansur.  Di samping itu, kedatangan agama Kristian juga telah membawa masuk leksikal-leksikal asing seperti perkataan puji, syukur, tolong, Tuhan dan sebagainya.

            
Pantang Larang/ Sahsiah

Sehingga kini masih terdapat banyak lagi pantang larang yang masih diikuti dalam komuniti Kayan.  Misalnya, komuniti ini dilarang mentertawakan binatang seperti anjing, ulat-ulat dan lain-lain.  Ini adalah dimana terdapat kepercayaan bahawa apabila seseorang itu mentertawakan binatang, dia akan berubah menjadi batu mahupun ribut yang dikenali sebagai kelit akan berlaku.  Selain daripada itu, komuniti ini juga dilarang menetak barangan orang lain seperti pakaian dan jala ikan.  Sekiranya seseorang itu berbuat demikian, orang berkenaan akan busong ataupun akan mati dalam keadaan perut yang besar dan dahsyat.  Kepercayaan ini masih lagi kukuh sehingga ke hari ini.

           Komuniti ini juga masih lagi percaya pada ketulahan.  Oleh itu, orang muda dilarang sama sekali bersifat kurang ajar atau tidak bersopan kepada orang tua.  Mereka juga diingatkan supaya sentiasa mengenang jasa orang lain supaya tidak ketulahan. Apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini terhadap seseorang yang telah melanggar pantang-larang tersebut di kemudian hari, peristiwa tersebut dianggap sebagai tulah. Kepercayaan inilah yang menyebabkan komuniti ini kaya dengan budi bahasa dan menghormati orang tua tanpa mengira hubungan kekeluargaan.  Mereka mengamalkan prinsip menghormati orang tua dan amalan ini masih kukuh sehingga kini.  Antara larangan yang masih diamalkan sehingga kini adalah dimana sesorang tidak dibenarkan meludah didepan orang lain kerana tindakan meludah walaupun tanpa sengaja itu adalah menunjukkan tiada rasa hormat pada seseorang tersebut.


Pantang Larang Bagi Wanita Kayan

            Bagi golongan wanita dalam Masyarakat Kayan. Terdapat beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi terutama bagi wanita yang sarat mengandung. Diantara pantang larang atau lebih dikenali sebagai "tepeng" dalam masyarakat ini adalah Wanita yang mengandung dilarang sama sekali untuk tidur ketika hujan lebat yang disertai dengan ribut petir dan kilat. Pelanggaran pantang larang ini boleh menyebabkan wanita tersebut keguguran atau bayi yang bakal dilahirkan akan meninggal dunia. Mengikut pantang larang ini, Bayi yang dikandung amat mudah untuk terkejut sekiranya ibu yang mengandung tersebut tidur dengan lena ketika ribut petir. Selain itu, 

            Wanita mengandung juga dinasihatkan agar tidak duduk di pintu rumah. ini adalah kerana perbuatan itu dipercayai boleh menyebabkan si ibu sukar untul melahirkan bayi yang dikandung olehnya. Dalam masyarakat Kayan, ini adalah dikenali sebagai "kalen".

            Wanita Kayan yang mengandung juga dilarang sama sekali untuk makan makanan yang masam dan pedas. Sekiranya makan makanan ini, wanita mengandung tersebut boleh menyebabkan keguguran bayi yang dikandung olehnya. Maka, masyarakat Kayan amat menegaskan untuk tidak sama sekali memakan makanan yang masam dan pedas.

            Pantang larang seterusnya bagi wanita Kayan yang  sarat mengandung adalah dimana wanita tersebut dilarang sama sekali untuk menyimpul tali atau dikenali sebagai "Nebukung Tale' Lo' ". Perbuatan menympul tali ini boleh menyebabkan wanita tersebut sukar untuk melahirkan bayi yang dikandung. Ini dipercayai bahawa kerana perbuatan tersebut adalah sumpahan kepada diri beliau sendiri yang boleh menyebabkan diri beliau sukar untuk melahirkan bayi yang dikandung.

            Bagi wanita yang mengandung serta suaminya dinasihatkan agar tidak memakan binatang yang ditemui mati secara sendiri atau secara tiba-tiba. Binatang ini termasuklah ikan. Perbuatan memakan binatang atau ikan yang mati sendiri atau secara tiba-tiba dipercayai boleh menyebabkab bayi yang dikandung tersebut akan meninggal dunia secara sendiri didalam kandungan ibunya.

            Wanita kayan yang sarat juga dinasihatkan agar tidak makan Labi-labi atau dikenali sebagai "kelavang" oleh masyarakat Kayan. Kepercayaan terhadap pantang larang ini adalah dimana sekiranya wanita tersebut memakan labi-labi, maka anak yang bakal dilahirkan adalah cacat atau lebih dikenali sebagai "Pali" oleh masyarakat ini. Kecacatan ini adalah seperti Kaki, Tangan ataupun badan bayi tersebut akan menjadi lebih pendek dan tidak sempurna.

            Wanita kayan juga dinasihatkan agar tidak mentertawa atau memerli yang dikenali sebagai "kebiya" apa jua jenis binatang atau benda yang berbentuk pelik atau cacat. Ini ditakutkan bayi yang dilahirkan nanti akan menyerupai binatang atau benda yang di"kebiya" tadi. Tindakan "kebiya" ini memyebabkan Binatang atau bahan yang diketawakan tadi telah menyumpah si pelaku tersebut agar iyanya menjadi seperti mereka.

            Pantang larang seterusnya adalah bagi wanita yang telah selamat melahirkan bayi dinasihati agar memanaskan badan menggunakan unggun api atau dikenali sebagai "Nyido' te' beh avo' " di dalam bilik sendiri. selain itu, beliau juga dinasihatkan agar memijak batu sungai yang panas, makan bubur dalam kuantiti yang banyak agar menggantikan darah yang telah keluar serta dinasihatkan agar memakan bubur halia dan lauk Ikan tumbuk atau dikenali sebagai "tuk masik". Ini adalah bertujuan untuk memanaskan dalaman badan wanita bersalin tersebut. 

            Wanita bersalin juga dinasihatkan agar menggunakan tudung kepala atau dikenali sebagai "nepulo' " sekiranga beliau ingin keluar dari rumah. Sekiranya beliau hendak turun ke bawah rumah, beliau dinasihati agar memakai "tepulo"  dikepala dan dalam diletakkan sejenis daun yang dikenali sebagai itun lung". Ini adalah bagi mengelakkan wanita tersebut daripada terdapat kemungkinan hantu boleh menjilat beliau.

            


Perhiasan/ Pakaian

Komuniti Kayan juga mudah dikenali melalui pakaian tradisional mereka.  Pakaian tradisional kaum wanita komuniti ini menarik dan unik kerana diperbuat daripada manik-manik halus dan berwarna-warni.  Manik-manik halus dijahit mengikut ukiran ikeng yang mempunyai nilai-nilai estetika yang tersendiri.  Pakaian ini biasanya dipakai semasa majlis perkahwinan, upacara menyambut tetamu kehormat dan perayaan keramaian.

            Wanita Kayan juga mempunyai barang perhiasan lain seperti leku(gelang tangan), teba’eng inu (rantai manik), iseng (anting yang diperbuat daripada perak atau suasa yang digantungkan  di telinga kaum wanita Kayan), tesa(dijadikan sebagai tali pinggang kaum wanita Kayan). Lavung sek (perhiasan kepala yang dihias dengan manik dan bulu kambing yang berwarna-warni) dan selegem (cincin).  Leku biasanya diperbuat daripada buluh dan tulang-tulang binatang.  Teba’eng inu dan tesa pula adalah hasil gabungan daripada manik-manik besar yang berwarna-warni. 

            Pakaian tradisional kaum lelaki komuniti ini pula adalah kaya dengan ciri-ciri kepahlawanan, sesuai dengan amalan Ngayau(memotong kepala) pada zaman dahulu. Kelengkapan kaum lelaki terdiri daripada bakin( tombak), heput(Sumpit), sunung(baju yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kulit kambing), lavung wei (perhiasan kepala yang diperbuat daripada rotan dan dihiasi dengan bulu kambing dan bulu burung kenyalang), bah(sirat), tabin(diperbuat daripada rotan dan dihiasi dengan manik-manik kecil dan dipakai di bahagian punggung seorang pahlawan), Malat Ilang(parang yang dihias dengan bulu kambing) dan kelebit(perisai). Selain daripada menjadi set barangan hantaran kepada pengantin perempuan, pakaian tradisional ini juga mencerminkan nilai-nilai estetika dan kebudayaan Kayan yang tinggi.


Budaya Telinga Panjang / Telinga Tebuk

Komuniti Kayan juga terkenal kerana memiliki telinga yang panjang dan bertatu. Bagi Golongan Wanita dalam komuniti ini bertelinga panjang dan bertatu adalah untuk tujuan kecantikan.  Semakin panjang telinga seseorang wanita itu maka semakin cantiklah wanita tersebut bagi komuniti ini.  Untuk mendapatkan telinga yang panjang ini, telinga para wanita ini akan dibebankan dengan beratnya anting yang diperbuat daripada timah. anting-anting ini dikenali sebagai Sabau" dan "Lungin" mengitu jenisnya anting tersebut. Bagi Golongan Lelaki dalam komuniti ini pula terkenal dengan Telinga yang ditebuk dibahagian atas dan bahagian bawah telinga mereka. Lubang yang ditebuk ini akan dihiasi dengan Taring Beruang yang telah dianyam dengan manik yang dikenali sebagai "Udeng". Pada masa sekarang, budaya ini semakin pupus dan hanya wanita Kayan yang berusia lima puluh tahun ke atas sahaja yang masih bertelinga panjang dan bertatu.

Kecantikan Wanita Kayan dengan Iseng Lungin serta lelaki Kayan dengan Udeng




Kepakaran

      Masyarakat Kayan terkenal sebagai tukang besi yang sangat baik. Sejak zaman dahulu masyarakat Kayan telah melakukan kerja-kerja ketukangan yang melibatkan besi. Diantara kepakaran mereka adalah untuk menciptakan pedang yang dikenali sebagai Malat Ilang". Pada zaman dahulu, "Malat Ilang" ini digunakan sebagai alat untuk memburu musuh semasa "Ngayau". Selain itu, Malat Ilang ini juga dijadikan sebagai alat utama dalam proses pertukaran barang atau dikenali sebagai Sistem Barter.

           Masyarakat Kayan juga dikenali sepakai pakar dalam kerja-kerja kayu. Masyarakat ini mahir dalam melakukan kerja seperti membuat perahu bagi tujuan pengangkutan utama pada zaman dahulu. Selain perahu, Kayan juga terkenal dengan seni ukiran kayu serta pembuat topeng berasaskan kayu dan ukiran.


Alat Muzik Tradisional

Kaum kayan memiliki pelbagai jenis alat muzik yang unik dan tersendiri. Diantara alat muzik kaum Kayan yang amat popular sehingga kini adalah dikenali sebagai Sape’. Sape’ ini diperbuat daripada kayu dan diukir dengan motif asli yang dikenali sebagai Ikeng. Sape’ memiliki 3 hingga 4 tali yang diperbuat daripada dawai yang halus.
Alat muzik sape’ ini biasanya didendangkan ketika perayaan, keramaian dan juga ketika menerima kunjungan orang kenamaan. Muzik Sape’ boleh didendangkan dengan pelbagai variasi muzik diantaranya adalah Sape’ Jatung Lutang, Datun Julut dan Sape’ Nyivan Lasan.

Untuk mengenali dengan lebih lanjut mengenai Sape' boleh click link berikut : https://indigenousboy.blogspot.com/2018/09/asal-usul-instrumen-sape-dalam.html

Selingut Urung atau juga dikenali sebagai seruling yang ditiup menggunakan hidung. Selingut ini diperbuat daripada buluh.

Satung adalah sejenis alat muzik yang diperbuat daripada batang buluh yang telah matang. Kebiasaannya Satung ini dimainkan ketika duduk bersantai dirumah sementara menanti waktu untuk turun ke sawah semasa musim menuai padi.

Alat muzik yang tidak kurang popularnya ketika zaman dahulu adalah Tuvung. Tuvung ini diperbuat daripada kayu dan juga kulit binatang. Tuvung akan didendangkan ketika terdapat panggilan untuk menghadiri mesyuarat di rumah panjang mahupun jika terdapat kecemasan seperti kematian dan sebagainya. Selain itu, Tuvung juga akan dipalu ketika seorang wanita yang digelar Dayung menari. Sekiranya ketika wanita tersebut tengah menari dan Dayung nei nesun pemain Tuvung akan mengambil Utu Gelak untuk mendendangkan muzik Tuvung ini.
Keledi, satung, tawek, tung, Sanang

Nyanyian Asal

            Kaum kayan juga memiliki nyanyian asal yang dikenali sebagai tekna’. Tujuan tekna’ ini dinyanyikan adalah untuk menasihati seseorang individu mahupun untuk menyampaikan sesebuah mesej secara sopan. Tekna’ dinyanyikan oleh seorang wanita atau lelaki yang dikenali sebagai nekna’ dan disambut oleh beberapa orang penyanyi lain yang dipanggil sebagai nyabei. Tekna’ juga boleh dinyanyikan ketika menyambut kedatangan orang kenamaan sebagi tanda mengalu-alukan kedatangan beliau ke rumah panjang. Untuk sesetengah kawasan terutamanya di Daerah Belaga Tekna ini juga dikenali sebagai Parap.


Ukiran / Tatu

        

    Ukiran tatu atau dikenali sebagai tedek dalam masyarakat Kayan adalah sangat rumit dan mempunyai ukiran yang unik dan tersendiri. Bentuk dan ukiran tatu seseorang wanita Kayan juga mencerminkan kedudukan kasta atau sosial bagi golongan wanita Kayan  ini.  Golongan Maren atau wanita Kayan yang mempunyai darjat tertinggi akan melukis Hudok Asok (gambar anjing) pada lengan, paha, lutut dan betis mereka.  Manakala, golongan bawahan atau Panyin hanya dibenarkan melukiskan ukiran yang dinamakan sebagai Kelingei Tengen dan Ubong Bila pada tatu mereka.

            Terdapat banyak lagi motif atau corak tatu yang ada pada masyarakat ini. diantaranya adalah Kalung Kelunan atau dikenali sebagai corak manusia, Kalung Tingang iaitu corak Burung Kenyalang dan Song Irang. 


Adat 'Ngayau"


           Kaum Kayan juga terkenal dengan budaya memenggal kepala atau dikenali sebagai Ngayau. Ngayau ini tidak boleh dilakukan dengan sesuka hati. Ianya dilakukan sekiranya terdapat petunjuk berdasarkan mimpi atau Nyupe'. Petunjuk ini diturunkan oleh "Lali" yang terdapat di sesebuah rumah panjang tersebut. Petunjuk untuk Ngayau ini diturunkan atas sebab Lali yang terdapat di rumah panjang tersebut telah lapar dan memerlukan darah sebagai makanan nya. Ngayau ini tidak dilakukan setiap hari. Ianya akan dilakukan setelah bertahun tahun selangnya setelah Ngayau yang lepas dilakukan.
          
        Pahlawan yang turun Ngayau  juga terdiri daripada beberapa orang pahlawan di Rumah Panjang tersebut. Namun, terdapat juga beberapa pahlawan yang tinggal di Rumah Panjang bagi tujuan menjaga keselamatan Rumah Panjangnya daripada diserang musuh ketika pahlawan yang lain turun Ngayau. Sebelum turun untuk Ngayau, pelbagai acara Lali dilakukan. Pahlawan ini akan turun Ngayau sekiranya telah mendapatkan izin daripada Lali tersebut. Aktviti Ngayau ini dilakukan delam masa yang agak lama sehingga berbulan lamanya.

          Aktiviti Ngayau ini mengambil masa yang agak lama disebabkan sekiranya sepanjang perjalanan pahlawan ini terdapat Lali samada Lali Nyiho' atau Lali Nyipa pahlawan ini akan berhenti dan mendirikan pondok untuk beristirehat dan Ngapui Nyiho' sehingga Lali ini mengizinkan untuk meneruskan perjalanan seterusnya. Sepanjang perjalanan ini Pahlawan hendaklah mendapatkan keizinan daripada Lali. Inilah yang menyebabkan Kaum Kayan ini sangat terkenal dengan keberanian dan kegagahan nya dalam Ngayau.

          Sepanjang perjalanan Ngayau ini juga mendapat bantuan daripada kaum Penan. Ini adalah kerana Kaum Penan memang terkenal dengan kepintaran mereka dalam meneroka hutan dan menentukan jalan sehingga sampai ke destinasi Ngayau.

          Selain itu, dalam aktiviti Ngayau ini juga terdapat pantang larangnya yang tersendiri. Pantang larang atau Tukit ini menyatakan Pahlawan Ngayau ini tidak boleh sesekali berperang atau Kebiteng dengan kaum yang satu sungai dengan nya. Ini adalah kerana sungai juga adalah tempat untuk mendapatkan sumber makanan bagi Kaum Kayan. Sekiranya pahlawan ini tetap juga Ngayau Kaum yang satu sungai dengan nya. Maka, Pahlawan tersebut akan terkena sumpahan. Beliau akan terkena penyakit yang digelar Busung ataupun perut membesar.



* Sumber Rujukan   : Amei Temenggung Pahang Deng
                                 : Amei Ukong Mering
                                 : Inei Usun Jok
                                 : Alem Lening, Lagu Dayak Kayaan Mendalam, Youtube
                                 : Lung Kayaan, Youtube
                                

Comments

  1. sayu levi men ika bakeh...
    tiah kah itu men long bemang... hino' ika te' kerei nih? ana hi ka?
    kajau kalung (esei) ka anih.
    email akui. ja si itu pepsuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayu levi men ika lahuh.
      Jah sayu kah anan. te bakeh tiah uma aru tinih :)
      Ha kuching hinih kui te kerei nih. Anak asen uma aru long bemang kah akui nih pa :)

      Delete
  2. Kajau ..lung sejarah asen tam kayan..

    ReplyDelete
  3. sayu kenep men lung asen tam kayan anih. Pejoh nah na kajian marung itam, harep itam Kayan em tai pade 30 duman aleng seng ateng. Aleng dekaya na' ke' meng melek urip kinah tam te Tuhan Yesus aleng ningan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. e.. lan kah anan. alem tengayet lan kah anih tuboh lung urip tam. kahum la'an aleng em payan en pehalih anan.

      Delete
  4. Sayu kenep men akui lahuh..akui anak Kayan asen men Long pilah me'uk terima kasih marung berkongsi lung asen tam Kayan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayu kenep men ika, alem pa'en na research kah anih. Ngavan tuboh lung asen tam kayan.

      Delete
  5. It's good to know the culture of Kayan. It's really help me to understand the culture a little bit more. As I am married to a Kayan in Sg. Asap, Apo Koyan Belaga. Now at least the information help me to cope with the tradition believe. Thank you so much.

    ReplyDelete
  6. A very good morning. It's very interesting to read about your story ...and knowing more on our kayan heritage...
    By the way, were you a student in SK Long Bemang [your primary school days] and which year might that be...?
    Credit to your effort in promoting the Kayan's history among our young generation(s)....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good morning Sir,
      thank you so much for your support. i'm still on my way to do a research about our community Kayan. hopefully it can be done soon.
      and Yes, i am SK Lg Bemang student year 1997

      Delete
  7. wauu , sayaa sgt terujaa & bangga baca pasal.kayan ni , sbb mak saya kayan , & saya sgt bangga ada bangsa kayan dlm diri saya . lama sdh tidam balik kg d Long Laput , saya baca ni buat saya rindu pulaa kg sayaa d Sarawak 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulanglah sekali sekala, jangan biarkan our kampung sunyi...

      Delete
  8. Ternyata banyak macam bahasa suku Kayan, ternyata di malaysia banyak saudara2 qta suku kayan, walau pn bahasa qta ad perbedaan sedikit, tp qta ttap satu suku, biarpun qta tinggl di ujung dunia sekali pun nama suku qta gk pernah hilang,
    Cmn yg aq tau suku kayan yg ad di Kalimantan timur, hanya dua macam, Kayan mekam sama Kayan miyau, salam satu jiwa untuk semua suku kayan...
    Devet ke Kayan mekam,asal usul devet Lung metun apou Kayan.

    ReplyDelete
  9. Elok juga,dpt cari information about our race

    ReplyDelete
  10. Good evening sir , if you don't mind can i interview you about kaum kayan. This is for my assignment. Hopefully you notice me.

    ReplyDelete
  11. Shallom, sya anak kayan dari Long Atip, Miri. Terima kasih dgn informasi tentang kayan ini. Sya pun tidak berapa tau sgt latar belakang dan sejarah kayan ini, hari ni, kelas sya ada bt tentang race jadi sya dgn kawan sya seorang sma juga org kayan dari Long Naah. Kmi dua cari pasal latar belakang kayan kat google. Lama kmi dua cari tentang latar belakang kayan kat google sini..hahahaha..lepas cari2, sampai lah kmi dua jumpa ini. Baru sya tahu banyak yg sya tidak tahu asal usul kayan saya sendiri. Sbb sya sdh lama tak tinggal di kampung sya, sya juga jarang tanya bapa sya tentang bangsa kayan ini dan sejarah kayan...btl lah org ckp remaja generasi skrg ni, lupa tentang asal usul mereka. Sya pun sedih dan kecewa dgn diri sya yg tidak tahu banyak tentang kayan, bahasa sya sendiri. Lepas sy tengok dan memahami tentang sejarah lama kayan yg sya tdk tahu kat sini..sya makin memahami sejarah dan latar belakang kayan dkt sini...:)..terima kasih yg menulis ni..terima kasih banyak2..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baliklah ke kampung halaman, dan belajar tradisi Kayan. banyak lagi yang perlu kita perhalusi dari segi kesenian, kebudayaan dan sebagainya. Love Kayan.

      Delete
  12. your sharing is brilliantly fascinating. it's a thing that i have for your kind since dating one. but, that's an old story. i have to say, your language gave me some kind of peace to hear. too bad didn't had the chance to learn deeper. keep up with what you're doing. thank you again for your effort writing this blog. cheers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for your support Mayen. It's my pleasure to teach you how to speak Kayan fluently. or else you are welcome to my youtube channel too..

      Delete
  13. Sayu long (selitak) kak, akui minat lim kah ket nunih. Akui kayan mern Belagah, tapi dara au ha Miri / Kl, uli pedong tegu tek lamei / tusah ha uma. Nusi kak na buhup long kak nih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aleng lan nak ikem kah akui seng na buhup na'. Tapi kos aya' lan pah na buhup nih. anan nah akui decide na blog nunih tua avin anih mmg minat kui alem na kajian marong tam Kayan. Tambah lahuh, lebak loh kah research aleng perlu en na.

      Delete
  14. Bara sayu kenep men ika harin, sayu lan tek blog nunih, ja itam lim jam men hinok asen @ puhu tam bengsak Kayan. Tek ka na buhup marung anih dido? Nunok tuk tak seng bele nak pa? Awi tek link nak im share kh harin. Sayu kenep men ika🙏

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayu Levi men ika arin. Sayu kenep avin pa'en support hadui tam. Kahi asi usi te buku kui. anih men blogger tua ek na anih

      Delete
  15. Bagaimana pula dengan sejarah Mering Bato'?.Kerana saya pernah terdengar dia sebagai pemimpin kayan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih terlalu banyak untuk dikaji dan didalami. Dahulu kala Suku Kaum Kayan mempunyai Raja dia tersendiri.

      Delete
  16. syu jihma syu ngedo syu levi syu malem men ikak, izinkan akui untuk jam haram avin akui tk pakei artikel ikk halem na hadui krja kursus sejarah kui . akui pakey artikel ikk sbgai rujukan hadui kui

    ReplyDelete
    Replies
    1. im email kui tua. tinan akui nyuei teng ka. sayu kenep

      Delete
  17. Terima kasih Avin au na esei anih berguna meran hak Kui avan na kerja kursus stpm

    ReplyDelete
  18. Deng na pasal asal usul Kayan tubau ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jan pah payan kui deng na nak. avin lebak hadui interview en na anan. hopefully te do deng na nak

      Delete
    2. Amen...Deng jadi rujukan men kamek anak muda

      Delete
  19. sayu belu'a do, akui anak kayan lim kah kayan men Belaga, kajo long kak nan sayang jan en ngalong na bup, dahin leba adet asen tam aleng perlu en ngalong halem bup utk generasi muda...nunok seng hubungi ikak...akui editor men Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak.

    ReplyDelete
  20. Hi, Sya dahiri saini penulis amat berminat dgn artikel yg berkaitan kaum Kayan boleh emel sya dahirisaini@yahoo.com tk

    ReplyDelete
  21. Good to know. Respect towards each other despite of the sosial status is our utmost defining value . Uphold our respective custom in accordance to the sosial class. All will be well and we will live on harmony…Maren, Panyen & Dipen co-exist.

    ReplyDelete
  22. Lepas ni boleh polah ajar bahasa kayan. Useful information <3

    ReplyDelete
  23. Sayu kenep men ikak au duan tejoh asen tam kayan. Kamek hak belaga lebak lim ke asen men kayan miau dahin kayan mekam avin jebiang tua alan ungei kamek tek daleh kayan uma lekan lim. Meran kajo dahun ajan anih. Tapi awi ikem ikut asen tam kayan, walaupun 1 kayan masih ada masing2 Raja suku kayan. Im ngalong nah lebak wak tejoh selitak tam kayan. Tak akan pupus suku kaum kita di dunia ini . Anak kayan belaga ❤️

    ReplyDelete
  24. Ever heard of Rumah Ajang ?

    ReplyDelete
  25. Hello, saya mahu tanya, apa maksud "Kelingei Tengen" dan "Ubong Bila" yang boleh ditatu oleh golongan Panyin/bawahan? Terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Asal Usul Instrumen Muzik Sape'

SEJARAH PENUBUHAN KAMPUNG LONG BEMANG, APOH BARAM