Posts

Showing posts from August, 2019

SEJARAH PENUBUHAN KAMPUNG LONG BEMANG, APOH BARAM

Image
Pemandangan Kampung Long Bemang Dari Atas PENGENALAN      Kampung Long Bemang adalah sebuah Kampung yang didiami oleh masyarakat Kaum Kayan Uma Pu. Asal-usul penduduk di sini adalah dari Batu Talang, Long Anyat, Long Keseh dan Long Seni'ai Baram. Perpindahan mereka dipimpin oleh Urip  atau mendiang Ketua Kaum Akam Ajang Jok dan dibantu oleh saudara beliau iaitu urip  Lake' Uyung Wan. Ahli-ahli beliau ketika perpindahan itu adalah Lake' Anyi Jau, Lake' Uyung Jok Alung, Lake' Uyung Ngau Uvang. Orang tua lain yang turut membantu waktu penghijrahan tersebut ialah Lake' Uyung Uyo' Ngau, Lake' Uyung Ngau Anyie dan Lake uyung Jau Uyo. Kini, Kampung Long Bemang boleh diiktiraf sebagai Kampung terpanjang di Malaysia dimana dianggarkan Kampung Long Bemang mempunyai Lebih dari 250 Buah Pintu. PERPINDAHAN (BULAK)  DARI BATU TALANG KE LONG BEMANG      Titik permulaan perpindahan penduduk kampung Long Bemang yang ketika itu sedang menetap di Batu

Sejarah Ngayau / Perang diantara Kaum Dusun dan Kaum Kayan

Image
Gambar Kaum Kayan dan Kaum Dusun Sabah pada Tahun 1870 dari buku "The Natural History of Man"    Kaum Kayan merupakan kaum yang berasal dari Sungai Baram Sarawak. Mereka memiliki reputasi kaum yang kuat dan yang paling agresif di Sarawak. Sama seperti kaum Iban, mereka gemar melakukan aktiviti ngayau atau memburu kepala. Pada suatu hari, datanglah kaum Kayan dari arah Baram untuk melakukan ngayau di kawasan Belait Brunei. Kisah ini berlaku sekitar tahun 1870/80an pada zaman Dato Pemanca Saging, seorang pembesar kesultanan Brunei yang mentadbir daerah Belait. Zaman ini merupakan zaman pemerintahan Sultan Abdul Momin, di mana bangsa Kayan giat melakukan aktiviti ngayau , sehingga Kesultanan Brunei tidak memiliki kekuatan untuk menghalang aktiviti ini bahkan Kesultanan Brunei diancam oleh serangan ngayau dari kaum Dayak Kayan, Iban, Dusun, Lundayeh, Murut dan sebagainya. Untuk itu, tokoh tempatan terpaksa menggunakan pengaruh dan kekuatan mereka sendiri untuk menenta