Posts

Asal Usul Instrumen Muzik Sape'

Image
Pengenalan Instrumen Muzik Sape'           Masyarakat kayan pada asasnya sangat terkenal dengan Instrumen alat muzik Sape'. Sape' ini diperbuat daripada kayu dan diukir dengan ukiran yang digelar "ikeng".  Pemilihan kayu yang digunakan juga amat penting. Diantara faktor yang dititik berat adalah kayu tersebut hendaklah ringan, senang dibentuk dan diukir serta tahan lama. Pada mulanya, instrumen Sape' ini diperbuat dari kayu yang digelar "Kayo' Kita" dan juga "Kayo' Arau". Ini adalah kerana kedua dua kayu ini sangat ringan dan juga senang dibentuk.           Pada mulanya, Sape' ini mempunyai dua tali. Tali ini diperbuat daripada urat kayu yang dikenali sebagai "Uhat Iman".   Uhat Iman  ini adalah sejenis tumbuhan serupa seperti pokok bakau. Dimana pokok ini mempunyai pucuk yang sangat panjang. Pucuk ini akan direndam sehingga menyebabkan pucuk tersebut mereput. Setelah pucuk tersebut mereput, ...

Asal Usul Kaum Kayan

Image
BIODATA PENULIS              Penulis adalah seorang anak jati Sarawak yang berasal dari Kampung Long Bemang, Apoh. Beliau dilahirkan pada 17 Oktober di Klinik Kesihatan Long Bemang dan berketurunan Kayan. Ketika di alam Universiti, Beliau berkelulusan luar dari bidang penulisan. Beliau berkelululusan dalam Bidang Perakaunan.             Kini beliau telah bertugas sebagai seorang Akauntan dalam sektor awam dan juga salah seorang Penyampai radio sambilan bagi siaran Radio Kayan. Minat beliau yang mendalam dalam bidang seni dan adat resam serta cintakan Bahasa Ibunda telah mendorong beliau untuk menerbitkan sebuah artikel yang sulung ini demi menjaga dan memulihara seni dan adat resam kaum Kayan yang kian hari kian pupus dan dilupai khususnya bagi golongan remaja kaum Kayan. Selain itu, Beliau juga telah mengasas sebuah persatuan iaitu Persatuan Penggiat Seni Kayan Sarawak. Beliau ki...