Posts

SEJARAH PENUBUHAN KAMPUNG LONG BEMANG, APOH BARAM

Image
Pemandangan Kampung Long Bemang Dari Atas PENGENALAN      Kampung Long Bemang adalah sebuah Kampung yang didiami oleh masyarakat Kaum Kayan Uma Pu. Asal-usul penduduk di sini adalah dari Batu Talang, Long Anyat, Long Keseh dan Long Seni'ai Baram. Perpindahan mereka dipimpin oleh Urip  atau mendiang Ketua Kaum Akam Ajang Jok dan dibantu oleh saudara beliau iaitu urip  Lake' Uyung Wan. Ahli-ahli beliau ketika perpindahan itu adalah Lake' Anyi Jau, Lake' Uyung Jok Alung, Lake' Uyung Ngau Uvang. Orang tua lain yang turut membantu waktu penghijrahan tersebut ialah Lake' Uyung Uyo' Ngau, Lake' Uyung Ngau Anyie dan Lake uyung Jau Uyo. Kini, Kampung Long Bemang boleh diiktiraf sebagai Kampung terpanjang di Malaysia dimana dianggarkan Kampung Long Bemang mempunyai Lebih dari 250 Buah Pintu. PERPINDAHAN (BULAK)  DARI BATU TALANG KE LONG BEMANG      Titik permulaan perpindahan penduduk kampung Long Bemang yang ketika itu sedang menetap di Batu

Sejarah Ngayau / Perang diantara Kaum Dusun dan Kaum Kayan

Image
Gambar Kaum Kayan dan Kaum Dusun Sabah pada Tahun 1870 dari buku "The Natural History of Man"    Kaum Kayan merupakan kaum yang berasal dari Sungai Baram Sarawak. Mereka memiliki reputasi kaum yang kuat dan yang paling agresif di Sarawak. Sama seperti kaum Iban, mereka gemar melakukan aktiviti ngayau atau memburu kepala. Pada suatu hari, datanglah kaum Kayan dari arah Baram untuk melakukan ngayau di kawasan Belait Brunei. Kisah ini berlaku sekitar tahun 1870/80an pada zaman Dato Pemanca Saging, seorang pembesar kesultanan Brunei yang mentadbir daerah Belait. Zaman ini merupakan zaman pemerintahan Sultan Abdul Momin, di mana bangsa Kayan giat melakukan aktiviti ngayau , sehingga Kesultanan Brunei tidak memiliki kekuatan untuk menghalang aktiviti ini bahkan Kesultanan Brunei diancam oleh serangan ngayau dari kaum Dayak Kayan, Iban, Dusun, Lundayeh, Murut dan sebagainya. Untuk itu, tokoh tempatan terpaksa menggunakan pengaruh dan kekuatan mereka sendiri untuk menenta

Kisah Sumpahan Batu Gading / Bato' Kading di Ulu Baram

Image
Alkisah Sumpahan Batu Gading / Bato' Kading Salung / Keranda Orang Kenamaan Masyarakat Kayan     Alkisah nya bermula setelah kematian salah seorang kenamaan / Kelunan Hipun Uma di Sebuah Kampung yang terletak di daerah Baram. Mengikut adat Masyarakat Kayan, Mayat seorang "Maren Uma"  hendaklah dikebumikan di dalam 'Salung". Salung  adalah sebuah keranda yang diperbuat dari satu batang berlian yang besar dan diukir dengan ukiran khas Masyarakat Kayan. Ditengah-tengah batang berlian tersebut akan terdapat ruang bagi memasukkan tulang-tulang yang tertinggal. Pada asalnya diatas salung   ini, terdapat satu pondok atau Lepau  kecil yang dijadikan sebagai pusara sehingga mayat tersebut tertinggal tulang. Tulang-tulang tersebut akan dipindahkan ke dalam lubang yang ada pada batang berlian ini.      Setelah kematian Maren Uma  tersebut, Seluruh masyarakat kampung telah mendirikan Lungun  untuk dijadikan liang lahat bagi maren uma  ini. Namun,  Salung  at

Asal Usul Instrumen Muzik Sape'

Image
Pengenalan Instrumen Muzik Sape'           Masyarakat kayan pada asasnya sangat terkenal dengan Instrumen alat muzik Sape'. Sape' ini diperbuat daripada kayu dan diukir dengan ukiran yang digelar "ikeng".  Pemilihan kayu yang digunakan juga amat penting. Diantara faktor yang dititik berat adalah kayu tersebut hendaklah ringan, senang dibentuk dan diukir serta tahan lama. Pada mulanya, instrumen Sape' ini diperbuat dari kayu yang digelar "Kayo' Kita" dan juga "Kayo' Arau". Ini adalah kerana kedua dua kayu ini sangat ringan dan juga senang dibentuk.           Pada mulanya, Sape' ini mempunyai dua tali. Tali ini diperbuat daripada urat kayu yang dikenali sebagai "Uhat Iman".   Uhat Iman  ini adalah sejenis tumbuhan serupa seperti pokok bakau. Dimana pokok ini mempunyai pucuk yang sangat panjang. Pucuk ini akan direndam sehingga menyebabkan pucuk tersebut mereput. Setelah pucuk tersebut mereput, i

Asal Usul Kaum Kayan

Image
BIODATA PENULIS              Penulis adalah seorang anak jati Sarawak yang berasal dari Kampung Long Bemang, Apoh. Beliau dilahirkan pada 17 Oktober di Klinik Kesihatan Long Bemang dan berketurunan Kayan. Ketika di alam Universiti, Beliau berkelulusan luar dari bidang penulisan. Beliau berkelululusan dalam Bidang Perakaunan.             Kini beliau telah bertugas sebagai seorang Akauntan dalam sektor awam dan juga salah seorang Penyampai radio sambilan bagi siaran Radio Kayan. Minat beliau yang mendalam dalam bidang seni dan adat resam serta cintakan Bahasa Ibunda telah mendorong beliau untuk menerbitkan sebuah artikel yang sulung ini demi menjaga dan memulihara seni dan adat resam kaum Kayan yang kian hari kian pupus dan dilupai khususnya bagi golongan remaja kaum Kayan. Selain itu, Beliau juga telah mengasas sebuah persatuan iaitu Persatuan Penggiat Seni Kayan Sarawak. Beliau kini memangku jawatan sebagai Pengerusi Persatuan. Ini adalah kerana minat beliau yang amat mend