Kisah Sumpahan Batu Gading / Bato' Kading di Ulu Baram
Alkisah Sumpahan Batu Gading / Bato' Kading
Salung / Keranda Orang Kenamaan Masyarakat Kayan |
Alkisah nya bermula setelah kematian salah seorang kenamaan / Kelunan Hipun Uma di Sebuah Kampung yang terletak di daerah Baram. Mengikut adat Masyarakat Kayan, Mayat seorang "Maren Uma" hendaklah dikebumikan di dalam 'Salung". Salung adalah sebuah keranda yang diperbuat dari satu batang berlian yang besar dan diukir dengan ukiran khas Masyarakat Kayan. Ditengah-tengah batang berlian tersebut akan terdapat ruang bagi memasukkan tulang-tulang yang tertinggal. Pada asalnya diatas salung ini, terdapat satu pondok atau Lepau kecil yang dijadikan sebagai pusara sehingga mayat tersebut tertinggal tulang. Tulang-tulang tersebut akan dipindahkan ke dalam lubang yang ada pada batang berlian ini.
Setelah kematian Maren Uma tersebut, Seluruh masyarakat kampung telah mendirikan Lungun untuk dijadikan liang lahat bagi maren uma ini. Namun, Salung atau kubur yang didirikan tersebut tidak dapat didirikan dengan sempurna. Setelah berbincang, seluruh masyarakat kampung telah bersetuju untuk meletakkan "sut" atau dikenali sebagai korban untuk dikorbankan bagi mendirikan "Salung" atau kubur tersebut agar ianya berdiri dengan teguh. Oleh yang demikian, mereka telah menangkap dan mengorbankan seorang kanak-kanak yatim piatu yang telah kematian bapanya. Setelah ditangkap, kanak-kanak tersebut telah dimasukkan kedalam lubang yang telah digali dan Salung tersebut dihentak diatas kanak-kanak yang dikorbankan tersebut sehingga mati. Perilaku ini dikenali sebagai 'Sut Patei". Setelah Salung ini didirikan, maka mayat Kelunan Maren Uma atau orang kenamaan tersebut diletakkan diatas Salung ini.
Dengan kematian kanak-kanak ini, ibu mangsa sering bersedih dan terfikir kenapa orang miskin sepertinya sering dipermainkan. Pada suatu hari, ibu mangsa pergi melakukan kerja hariannya untuk menangkap ikan yang dikenali sebagai "Nyikep". Semasa beliau tengah menangkap ikan, muncul seekor katak yang dikenali sebagai "ha'ei". Beliau pun segera menangkap ha'ei tersebut dan dibawa pulang ke rumah. Setelah sampai ke rumah, ibu mangsa telah menjahit baju untuk ha'ei tersebut. dan diletaknya topi atau dikenali sebagai lavung dan bah atau cawat pada ha'ei tersebut agar ianya nampak lucu. Setelah didandan, ibu mangsa pun "mara" atau bersumpah agar ha'ei tersebut dapat memberitahu kepada "Lake' Tenangan" bahawa sekiranya masyarakat kampung tersebut mu'au atau tertawakan ha'ei tersebut maka turunlah hujan batu agar seluruh benda hidup yang terdapat dikawasan boleh bertukar menjadi batu.
Secara kebetulan, masyarakat kampung tersebut telah menyambut alem ali, Si ibu inipun pergi bersama masyarakat kampung tersebut untuk menyambut perayaan ini dan duduk di tengah-tengah tempat orang ramai berkumpul. Si ibupun berkata dimana beliau ada membawa sesuatu kepada mereka. Beliaupun pergi ke tengah orang ramai dan membuka ajat atau beg yang diperbuat dari rotan. Serentak dengan itu ha'ei yang terdapat dalam ajat tersebut telah melompat keluar. Melihat ha'ei tersebut didandan dengan sangat lucu, maka seluruh penduduk kampung tersebut ketawakan ha'ei tersebut. Tidak lama selepas kejadian, tiba-tiba cuaca bertukar menjadi gelap dan ribut yang dasyat yang dikenali sebagai kelit telah berlaku. Serentak dengan itu, hujan batu pun telah turun menghujani seluruh kampung tersebut. Disebabkan hujan serta kelit yang sangat dasyat, maka seluruh bumbung rumah panjang tersebut telah tercabut dan berterbangan. Secara tiba-tiba, Tikar atau juga dikenali sebagai berat telah jatuh turun dari atas langit. Mengikut kepercayaan, sekiranya terdapat benda asing yang jatuh dari langit terutamanya perkakas yang digunapakai untuk tujuan harian manusia seperti sabit dan sebagainya, maka, itu bermaksud akan berlakunya malapetaka di kawasan tersebut.
Melihat kejadian itu, penduduk kampung sedar akan berlakunya malapetaka atau patei bagi kampung mereka. Maka, penduduk kampung telah mencari apa sahaja binatang untuk dijadikan korban kepada alam. Penduduk kampung telah menemui seekor anak kambing dan terus diangkat untuk dipersembahkan kepada Lake' Tenangan agar hujan batu tersebut dapat dileraikan. Namun, persembahan tersebut tidak dapat melawan kelit yang telah diturunkan tersebut. Maka, secara tiba-tiba seluruh penduduk kampung berserta dengan harta dan rumah mereka telah bertukar menjadi batu.
Mengikut masyarakat setempat yang menetap di kawasan Bato' Kading ini, mereka masih melihat terdapat kesan sumpahan terhadap penduduk asal kampung tersebut dimana terdapat beberapa orang manusia serta anjing buruan mereka telah bertukar menjadi batu ketika mereka sedang memburu ketika berlakunya kelit ini. Oleh yang demikian, sehingga kini mengikut pantang larang atau tukit Kaum Kayan, mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk mentertawakan binatang. Mengikut kepercayaan terdahulu, sekiranya binatang ini ditertawakan, maka mereka akan pergi menghadap Lake' Tenangan untuk mengadu kepadanya bahawa dia dipermainkan. Mengikut Lake' Tenangan ini, Sekiranya manusia mempersendakan binatang, maka mereka juga mempersendakan dia sebagai Lake' Tenangan. Begitulah kisah berlakunya sumpahan Batu Kambing atau lebih dikenali sebagai Bato' Kading oleh masyarakat setempat yang terdapat di daerah Telang Usan, Baram.
Sumber Ehsan Dari : Amei Temenggung Pahang Deng

Comments
Post a Comment